Sudah melanggan artikel blog ini via RSS Feed?

27 Mei 2009

Aizad Bukti Artis Melayu Boleh Berjaya

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2009: Selepas meraih kemenangan dalam Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) melalui kategori Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan, 20, terus meraih kejayaan di peringkat antarabangsa pula menerusi Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 di Varna, Bulgaria, semalam.

Aizat yang mempertaruhkan lagu popularnya Lagu dan Hanya Kau Yang Mampu telah meraih kejayaan tempat ketiga Lagu Terbaik (Lagu Kita) selain Anugerah Khas Juri.

Tempat pertama Lagu Terbaik dibolot oleh wakil dari Itali dan Russia dan barulah diikuti Malaysia. Bagi kategori Persembahan Terbaik pula, ia dimenangi oleh wakil China, Sepanyol dan Mesir. Seramai 20 peserta dari seluruh dunia bertanding dalam festival muzik itu.



Ketika ini Aizat masih berada di London bersama kakaknya dan bakal pulang ke Kuala Lumpur pada 15 Mei ini.

Read More → Aizad Bukti Artis Melayu Boleh Berjaya

23 April 2009

Semak Skor Keyword "Melayu Boleh" Blog Anda

Tatkala contest SEO "Melayu Boleh" sedang rancak berjalan. Aku merayau2 dari blog ke blog untuk melihat teknik2 SEO yang boleh digunakan pakai untuk menempatkan blog aku yang ini dan yang ini berada pada laman utama google dot com.

Dalam banyak2 carian yang aku temui, aku tertarik dengan satu laman yang memberi kemudahan kepada kita untuk memberi semakan dan bedah siasat kepada keyword yang kita gunakan pada blog2 kita. Aku tidak tahu sejauh mana pentingnya untuk kita mengetahui skor nilai keyword blog kita .

seo33

Selain memaparkan skor nilai keyword, ianya juga turut memaparkan maklumat dan diagnosis pengskoran bagi server info, title tag, meta keyword tag dan juga meta description tag.

seo4

Apa yang menarik adalah bagi setiap keputusan yang dipaparkan terdapat komen dan cadangan untuk tujuan penambahbaikan bagi result yang mencapai status rendah.

Apa kata anda ke laman tersebut dan semak skor nilai keyword blog anda. Jika tak keberatan boleh kita kongsikan di sini bagi tujuan perbincangan.

Ikuti langkah mudah dengan memasukkan URL blog anda dan keyword bagi blog tersebut. selepas itu anda akan lihat hasilnya....

Selamat mencuba dan salam hormat.

Read More → Semak Skor Keyword "Melayu Boleh" Blog Anda
 

Links

Rahsia Sensaoil Ayuzip | Melayu Boleh

Colon cleanse

Search Engine Submission - AddMe

Free Web Directory - Add Your Link
The Little Web Directory

Top Links